Thursday 5 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-6

Bibik: Aisyah... Aisyah... kenapa ni??
Pintu bilik Aisyah diketuk beberapa kali oleh bibik.
Bibik: Jika ada masalah boleh kongsikan dengan bibik buk Aisyah...
Bibik menanti di luar bilik akan respon yang akan diberikan oleh Aisyah.
Aisyah: Tak de pape la bibik. Bibik jangan risau Aisyah ok je.
Bibik: Jika buk Aisyah mau apa-apa, bibik ada di dapur ya.
Bibik kembali melakukan kerja-kerja rumah dan terus kembali ke dapur.

Dalam bilik Aisyah....
Aisyah: Oh my God! Malunya... Macam mana aku nak berhadapan dengan kawan-kawan kolej aku ni?? Lelaki! memang tak boleh percaya!!
Aisyah merebahkan badannya ke katil. Ingatannya kembali kepada apa yang berlaku di kolej pagi tadi.

[flashback]
Pagi itu, di kolej..
Ryan: See ya! Jangan noty-noty taw! hehehe.
Aisyah: U tu! Jangan lupa. Keep it secret ok?
Ryan: Anything for u dear...
Aisyah melambaikan tangan ke arah Ryan yang kian hilang dari pandangan.
Aisyah: Hye Christinne! Nice party la malam tadi! hehehe.
Christinne: Hahaha. Macam mana? Berani you ni kan?
Aisyah: Apa yang beraninya?
Aisyah pelik dengan soalan yang diajukan oleh rakannya itu
Christinne: Nanti I bagi tau you. But before that, jom kita pergi dari sini dulu.
Christinne mengajak Aisyah beredar dari ruang legar kolej berkenaan.
Seakan-seakan ada yang tidak kena sedang berlaku.
Christinne: Malam tadi you pergi mana? I x nampak you pun masa I potong kek birthday I?
Aisyah: ooops! sowie.. I keluar dengan Ryan.
Christinne: Sebenarnya I rasa serba salah dengan you. Tapi....
Aisyah: I tak faham la apa yang you cakapkan ni?
Berkerut dahi Aisyah memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Christinne: You tengok ni.
Christinne memberikan handphone nya kepada Aisyah. Satu rakaman video dimainkan.
Aisyah: Tell me this is not true! photoshop kan???
Christinne: celah mana nak photoshopnya?? ni video nak habaq bagi kat hang ni!! *terkeluaq utagha christinne ni. hahahaah
Aisyah terdiam tanpa kata. Langkah di atur laju meninggalkan Christinne yang tiba-tiba cakap utagha. Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul 10.00 pagi.

Aisyah tersedar dari flashback
Aisyah: Oh my God! Harap-harap video tu tak tersebar la. Tapi, kat kolej tadi, baanyak mata tertumpu ke arah aku.
Aisyah gelisah bercampur sedih dengan penyebaran aksi 'terlampau' nya bersama Ryan pada malam pertama mereka berkenalan
Terasa begitu murah harga diri ini jika kita kurang bijak menjaganya.
Aisyah bingkas bangun dan terus mendapatkan laptopnya dari atas meja studynya. 
Aisyah: Better aku deactivate faacebook aku, segan aku nak berhadapan dengan pandangan member-member terutama member kolej yang rapat dengan aku.

Aisyah membuka facebooknya..
Email: Ara_maira@yahoo.com
Password: *******


23 notifications

"Mawardah post something on your timeline"

Aisyah: Mawardah? Lamanya tak dengar cerita dari member sekolah rendah aku sorang nih. Apa pulak yang dia post kat wall aku
nih?

"FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:


1) Lupa mengingat Allah


Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:


” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”


Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)


Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.


2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.


Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:


” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”


3) Mudah terpedaya dengan syahwat.


4) Lemah iman.


5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah."

Aisyah tekun membaca setiap penyampaian yang terdapat di dalam artikel tersebut.
Sedang tekun meneliti pengisian artikel itu, Aisyah dikejutkan dengan satu pekikan.

Daddy: Aisyah!!!
Ayah Aisyah memanggil nama anaknya dengan nada yang agak tinggi dan penuh emosi.



2 comments:

  1. mst daddy dia dh tgk vid tu...

    pape pon, ep. kli nie byk info..=)

    ReplyDelete
  2. hahahah. tgk episod yang baru. =)

    ReplyDelete