Sunday 8 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-7

Daddy: Aisyah!!

Bibik yang sedang berada di dapur tersentak lalu menjengah ke ruang tamu.

Daddy: Bibik! Aisyah mana? Dia dah balik belum?

Bibik: Sudah Dato'. Buk Aisyah ada di atas. Tapi dia kelihatan lain hari ni Dato'.

Daddy: Dasar anak tak sedar diuntung!

Bapa Aisyah terus menuju ke bilik Aisyah yang berada di tingkat 2.
Bibik menyusul di belakang Dato' Zulkifli.

Daddy: Aisyah! buka pintu ni! Kalau tak daddy pecah pintu ni karang!

Bibik: Bawa bertenang Dato'...

Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan.
Raut wajah Aisyah kelihatan pucat dan takut.

Daddy: Apa yang Aisyah dah buat?? Aisyah memalukan daddy tau tak? Keluarga kita, keluarga terhormat.

Aisyah: Aisyah mintak ma....

Pang!!

Belum sempat Aisyah menghabiskan ayat, satu tamparan jepun telah melayang ke muka Aisyah.

Aisyah: Aisyah minta maaf daddy! isk... isk...

Daddy: Kamu ingat, dengan maaf kamu boleh bersihkan arang yang dah kamu lumurkan kat muka daddy ni? Macam mana kamu nak terangkan tentang video bodoh ni!! Sejak bila kamu dah pandai bersosial?? terang dengan daddy!

Bibik: Sabar Dato', biar Aisyah terangkan dahulu...

Daddy: Bibik diam!

Bibik: Maafkan saya.

Mummy Aisyah berada di pintu bilik Aisyah.

Mummy: Aisyah! Macam mana semua ni boleh berlaku?? Malu mummy dengan ahli kelab mummy.

Aisyah: Aisyah cuma nak berseronok. Aisyah sunyi kat rumah ni sorang-sorang.

Daddy: Menjawab!

Tali pinggang dicapai dan dihayunkan ke arah Aisyah.

Bibik: Ya Allah!

Bibik terus meluru ke arah Aisyah lalu memeluknya.

Bibik: Sabar Dato'!

Mummy: Bibik jangan masuk campur! Bibik cuma orang gaji kami sahaja.

Aisyah menangis teresak-esak menahan kesakitan. Dalam esakan itu, Aisyah cuba untuk mempertahankan dirinya.

Aisyah: Aisyah sunyi duduk rumah sorang-sorang. Daddy sibuk sangat dengan bisnes daddy. Keluar pagi, balik malam. Selalu outstation. Aisyah rindu nak bersembang dengan daddy. Kadang-kadang Aisyah rasa Aisyah ni macam anak yatim je. Mummy pulak sibuk dengan aktiviti kelab mummy. Sibuk sangat memperjuangkan hak isteri, sampai terabai hak Aisyah sebagai anak mummy. Nasib baik bibik ada. Ada juga teman Aisyah nak bersembang-sembang, menumpang kasih.

Daddy dan mummy terdiam tanpa kata. Mereka saling berpandangan.


Mummy: Maafkan mummy Aisyah... Selama ni mummy dah abaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang ibu.

Aisyah: Mummy!

Mummy dan Aisyah saling berpelukan.

Daddy: Daddy pun minta maaf Aisyah kalau daddy tak menjadi seorang ayah yang baik untuk Aisyah selama ni.

Mereka pun berpelukan sebagai satu keluarga.

Penyebaran video "Anak VIP Terlampau" amat pantas. Selain daripada itu, berita ini menjadi tajuk utama Akhbar-akhbar tempatan. Aisyah telah berhenti daripada belajar di kolej swasta tersebut dan akan dipindahkan ke universiti kerajaan. Memandangkan ayah Aisyah ni orang kenamaan, urusan pertukaran ni menjadi mudah. Zaman sekarang, duit raja segalanya.Suasana keluarga ini telah bertukar serta-merta setelah kejadian itu. Mereka lebih banyak meluangkan masa bersama.

Kini telah 2 bulan berlalu, Aisyah masih lagi menunggu masa untuk mendaftar ke universiti yang baru. Aisyah lebih banyak menghabiskan masanya dengan mengadap komputer dan melayari internet. Aisyah kini lebih banyak mendalami ilmu-ilmu agama dengan melayari blog-blog islamik. Dato' Zulkifli juga telah melantik seorang ustaz untuk menjadi guru agama bagi keluarga mereka. Aisyah kini telah mula memakai tudung dan akaun facebooknya yang dahulu telah deactivate dan akaun yang baru telah dibuat. Mulakan hidup yang baru.


No comments:

Post a Comment