Thursday 26 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-12

Ahmad dan Aisyah kini berada di tahun akhir pengajian. Aisyah kini semakin dekat dengan agama Islam. Raihanah banyak membantu Aisyah dalam mendalami ilmu-ilmu agama dengan membawa Aisyah pergi ke kuliah-kuliah dan juga melalui pembacaan buku-buku berbentuk ilmiah. Aisyah juga banyak melayari internet untuk mencari bahan-bahan ilmiah dari sumber berkenaan. Salah satu sumber wajibnya adalah dari blog kegemarannya, "IheartIslamInfinity.blogspot.com". Salah satu blog yang banyak membuka matanya tentang Agama Islam.

Aisyah: Rai, dah lama saya mengikuti blog "IheartIslamInfinity.blogspot.com" ni. Teringin saya nak berjumpa dengan pengarang blog ini yang banyak membantu saya dalam mendalami Islam.

Raihanah: Saya pun mengikuti blog tu jugak, pengisiannya bagus dan disampaikan dengan cara yang santai. Untunglah siapa yang menjadi isteri dia nanti. (nada bergurau)

Aisyah: Awak ni! Ke situ pulak. hahaha. Saya harap ramai lagi lelaki yang seperti ini, mempunyai pengetahuan yang luas dan boleh membimbing manusia ke jalan yang betul.

Raihanah: Itu saya setuju. Kalaulah ramai lelaki yang berpegang teguh dengan agama, tinggi imannya, kuranglah masalah sosial di negara ni. Takdelah gejala buang anak, seks bebas dan macam-macam lagi kat dunia ni.

Aisyah terdiam seketika lalu menangis..

Raihanah: Eh, Aisyah. Kenapa awak menangis ni? Dari dulu saya dapat rasakan ada yang awak sorokkan dari pengetahuan saya. Kongsilah dengan saya. Manalah tahu saya dapat membantu apa yang termampu.

Aisyah: Raihanah, Telah sekian lama saya rahsiakan kisah hidup saya daripada pengetahuan orang ramai kecuali keluarga saya. Sekarang tibalah masa untuk saya berterus-terang, siapa saya sebenarnya.

Raihanah: Luahkanlah Aisyah jika ia mampu menenangkan awak.

Aisyah: Raihanah, saya ni bukanlah sesuci mana seperti apa yang awak lihat sekarang. Dahulu, saya adalah seorang manusia yang tidak layak dipanggil sebagai seorang wanita muslim. Hidup saya sentiasa bergelumang dengan dosa. Islam saya hanya terletak pada MyKad sahaja. Ibu bapa saya pun kurang mendedahkan saya dengan agama itu sendiri.

Aisyah membuka niqabnya supaya Raihanah dapat melihat wajahnya yang sebenar. Selama ini Aisyah tidak pernah lekang dengan niqabnya lebih-lebih lagi Aisyah duduk bersendirian di rumah sewa luar kampus.

Raihanah: Subhanallah! Lawanya awak Aisyah.

Aisyah: Raihanah, dahulu, wajah ini lah yang saya bangga-banggakan. Ramai lelaki yang tertarik dengan wajah saya. Aurat bagaikan tidak wujud bagi saya. Bagi saya, semakin seksi seseorang wanita itu, semakin tinggi nilai harga dirinya. Tetapi saya silap..

Raihanah yang sedari tadi sedang mengemas barangnya di atas meja study, berhenti seketika untuk mendengar cerita Aisyah selanjutnya.

Aisyah: Satu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup sempurna di mata saya dahulu. Hensem, kaya, berpelajaran dan romantik. Bagi saya dia adalah jodoh yang tepat bagi saya. Hari itu saya bertemu dengan kebahagiaan dan hari itu juga saya bertemua dengan mimpi ngeri bagi hidup saya. Saya telah terlanjur dan segala perbuatan terkutuk saya telah dirakam dan telah disebar. Hidup saya bagai sudah sampai dipengujungnya. Saya didapati mengandung.

Raihanah: Awak mengandung??

Aisyah: Tetapi gugur.. semenjak itulah saya telah insaf dan ingin mendekati islam dengan lebih mendalam.

Raihanah: Subhanallah! Begitu besar ujian yang awak telah hadapi. Alhamdulillah, kini awak telah kembali ke pangkal jalan. Syukur Ya Allah.

Raihanah memeluk Aisyah untuk menenangkan Aisyah yang sedih bila mengenangkan kisah lalu.

Aisyah: Terima kasih Raihanah kerana sudi mendengar kisah saya. Saya dah anggap awak sebagai kakak saya sendiri.

Raihanah: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mereka berpelukan dengan begitu erat persis adik-beradik.

Aisyah: Eh, Raihanah! Awak ada nampak buku hijau saya tak?

Raihanah: Buku hijau?? Buku yang awak selalu bawak ke mana sahaja awak pergi tu?

Aisyah: Ya! Buku itu amat bermakna bagi saya. Segala kisah hidup saya, saya tulis di dalam buku tu.

Raihanah: Tak nampak pulak saya.

Aisyah: Allahuakbar! Mana nak cari ni??

Sementara itu di bilik Ahmad...

Syed: Oit Mat! Jom gi makan! Lapor bebonar ni ha!

Ahmad: Ko gerak dulu. Aku nak nak siapkan kerja aku nih.

Syed: OkOk. Jumpa kat kedai la.

Ahmad: Wait-wait! Ko makan kat mana?

Syed: Kat warung Kak Jah kat pekan tu ha.

Ahmad: Ok! Ko gerak dulu, nanti aku menyusul.

Ahmad tekun menyiapkan kerja untuk final year projeknya. Memandangkan ini tahun akhir buatnya, Ahmad mahu menamatkan pengajiannya denga cemerlang.

Di warung Kak Jah..

Syed: Mat! sini2!

Ahmad perasan akan lambaian sahabatnya itu. Ahmad terus menuju ke arah Syed.

Syed: Oit! Buku apa yang ko bawa tu??

No comments:

Post a Comment