Monday 16 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-10

Sehari sebelum mendaftar diri ke Universiti..

Daddy: Aisyah! Cepat siap, mummy ngan daddy dah lama tunggu kat bawah ni..

Aisyah: Baik daddy! Kejap lagi Aisyah turun..

Mummy: Daddy, kita nak pergi mana ni sebenarnya? Daddy tak bagitau mummy pun..

Daddy: Alah, kita nak pergi teman si Aisyah beli barang kelengkapan dia. Kan esok kita dah nak hantar dia ke universiti baru dia tu.

Mummy hanya tersenyum.

Daddy: Lagipun awak tu mummy dia, boleh la tolong dia pilih barang kaum hawa macam awak. Saya tak pandai nak pilih ni. Nak pilih barang kereta tu boleh la. hahaha.

Bergurau-senda pulak laki bini ni. Kini mereka lebih banyak meluangkan masa bersama. Dah macam pasangan muda bercinta pulak.

Daddy: Eh, bibik mau turut serta kami?

Bibik: Mana bisa Dato'. Jika saya turut serta sama Dato' dan Datin, siapa yang mahu nyiapin makan tengaharinya..

Daddy: Eh, hari ni kita makan kat luar je. Tak mau tanya lagi, bibik cepat siap, kita gerak sekali.

Bibik tersenyum lalu terus pergi ke bilik untuk bersiap.

Aisyah: Daddy! Mummy! Aisyah dah siap!

Daddy dan mummy tergamam seketika ketika melihat anak mereka keluar dari biliknya.

Daddy: Aisyah??

Mummy: Anak mummy??

Mereka terkejut dengan penampilan anak gadisnya itu.

Aisyah hanya tersenyum.

Daddy: Apa yang Aisyah pakai ni??

Daddy dan mummy tergamam lagi. Manakan tidak, anak gadis mereka yang sebelum ni berpenampilan agak trendy, dan 'free hair' sudah bertukar penampilan ke arah 'islamic'.

Aisyah: Mulai hari ni, Aisyah dah nak mula start pakai tudung dan berniqab. Aisyah pakai tudung kerana sudah menjadi kewajipan Aisyah sebagai kaum hawa untuk menutup auratnya, dan tujuan Aisyah berniqab pula adalah untuk mengelakkan fitnah orang terhadap Aisyah.

Daddy: Fitnah terhadap Aisyah?? Daddy tak faham.

Daddy kurang memahami apa yang ingin cuba disampaaikan oleh anak gadisnya itu.

Aisyah: Bukan apa daddy, sebelum ni kan Aisyah telah melakukan pelbagai perkara termasuklah terlanjur dengan Ryan dan kecoh satu Malaysia. Mana la tau, nanti masa Aisyah keluar nanti ada yang kenal Aisyah lalu berkata-kata belakang tanpa pengetahuan Aisyah, ianya boleh menimbulkan fitnah dan hukum membuat fitnah adalah lebih teruk dosanya daripada membunuh. dan...

Daddy: Dan??

Aisyah: Dengan penampilan seperti ini, dapatlah me'limit'kan pergaulan Aisyah kerana kini Aisyah sudah membawa imej wanita Islam. Apa yang kita lakukan, semua Allah tahu, dan Allah sentiasa bersama kita tak kira bila-bila masa.

Sejuk hati ayah dan ibu Aisyah kerana kini anaknya telah berubah. Alhamdulillah.

Aisyah: Banyak kelebihan wanita yang menutup aurat ni daddy..

Bibik: Udah siap Dato'..

Bibik yang dari tadi bersiap sudah keluar.

Daddy: Hmmm, ok la. Jom kita keluar.

Hari itu mereka keluar bersama-sama sebagai satu keluarga yang bahagia. Alangkah indah hidup ini jika kita mengikut aturan-Nya.

Tibalah hari pendaftaran pelajar baru second intake..

Aisyah: Daddy, daddy hantar Aisyah di luar sini je la. Biar Aisyah daftar sendiri. Lagipun ramai yang kenal daddy. Aisyah tak nak daddy malu pulak bila ada kawan-kawan daddy bercerita kisah lalu.

Daddy mengikut sahaja kehendak Aisyah. Baginya, Aisyah kini lebih bersikap matang dan mampu untuk berdikari.

Daddy: Aisyah study elok-elok ye, kalau ada pape, bagi tau daddy.

Aisyah: Baik daddy...

Aisyah keluar dari kereta lalu terus menuju ke Pejabat am untuk mendafar diri. ketika itulah Ahmad terlihat kelibat Aisyah buat pertama kalinya.


 

No comments:

Post a Comment