Sunday, 8 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-8


"IheartIslamInfinity.blogspot.com"

Blog ini berkenaan dengan perkongsian Islam dari pandangan seorang hamba Allah yang merahsiakan identitinya. Blog ini merupakan blog kegemaran Aisyah dan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berubah. Penulisan yang bersahaja, tidak terlalu formal tetapi mesej yang ingin disampaikan amat berguna.

Aisyah: Wah! Entry baru! Kena baca nih!

" Ujian-ujian!

Hari ni aku exam test memandu. Aku ni memang orang yang cepat nerves... nerves tak nerves, test memandu tu kena amek jugak! Hahaha. Ceritanya begini. Pada suatu pagi yang dingin, kedengaran suara azan berkumandang dari corong speaker masjid di kawasan rumah aku dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya. Aku ni memang lemah nak bangun pagi. Hmmmm. memang sejak zaman P.Ramlee lagi,
(sejak azali la tu!). Takpe2, mak aku pesan, bangun pagi kena baca doa! Baru la kita bertenaga untuk mulakan hari kita!

Doa ketika bangun dari tidur

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.




Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Selesai baca doa, aku pun pergi la menunaikan solat berjemaah kat masjid. Banyak kelebihannya. Kalau orang bagi korang 27 Iphone atau 1 Iphone, maana korang nak pilih?? Kalau aku, aku pilih 27 Iphone sebab kalau 1 Iphone rosak ada lagi 26. Hehehehe. Sama la konsep macam pahala, antara 27 ganjaran dan 1 ganjaran, mestilah pilih 27 ganjaran sebab kita tak tahu berapa banyak pahala berbanding dengan dosa yang kita ada. Alamak! Dah nak pukul 8! pukul 9 dah nak start test memandu. Nanti sambung balik k!

Assalamualaikum.. [IheartIslamInfinity.blogspot.com] "

Aisyah: Waalaikumussalam. Pengisian yang baru bagi aku. Pengaajaran untuk hari ni adalah, kalau kita dalam keadaaan yang lemah, kita hendaklah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan semangat! Chaiyok2!!

Aisyah kini telah banyak berubah. Perubahannya bukan hanya pada fizikalnya sahaja, tetapi rohaninya juga. Kalau boleh segala kisah duka yang melanda dirinya dahulu, hendak dibuang jauh-jauh. Kini dia adalah Aisyah Humairah yang baru.

uwekk! uwekk!

Aisyah pantas ke tandas kerana berasa mual dan pening-pening serta muntah.

Uwekk! Uwekk!

Aisyah: Allahuakbar. Kenapa rasa lain macam ni? Peningnya kepala. Bibik! Tolong Aisyah bik!

Aisyah pun rebah lalu pengsan

Bibik: Ya Allah! buk Aisyah! Kena call sama Dato' dan Datin ni!

"013-423****"

"call"

Bibik: Hello Assalamualaikum Dato'.

Daddy: Waalaikumussalam. Ye bik? Ada apa ni? Cemas je bunyinya??

Bibik: Buk Aisyah....

Daddy: kenapa dengan Aisyah??

Bibik: Dia pengsan!

tuuuuut... tuuuut....

Bibik: Dato'??

Dato' pantas pulang ke rumah untuk melihat keadaan anak perempuan tunggalnya.

Daddy: Aisyah!

Bibik: Dato', seeloknya kita bawak buk Aisyah ke hospital ya?

Aisyah didukung oleh ayahnya ke kereta. Aisyah dihantar ke hospital yang berdekatan. Sampai sahaja di hospital Aisyah terus dibwakan ke bilik pemeriksaan. Pemeriksaan pun dilakukan.

Selepas 15 minit, doktor yang dikenali sebagai Dr. Aziezy keluar.

Dr.Aziezy: Siapa ahli keluarga pesakit??

Daddy: Saya doktor.

Dr. Aziezy: Awak doktor ke atau saya doktor??

Daddy: No, no, no. I mean, saya, doktor..

Dr. Aziezy: Eh taula... Gurau-gurau. Anak encik saya telah periksa dan kami dapati anak encik...

Daddy: Anak saya???


2 comments:

  1. hahaha... kenape mesti nombor telefon die 013-423....

    ReplyDelete