Thursday 12 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-9

Dr. Aziezy: Kami dapati anak encik selamat tapi sayang kandungannya tidak dapat kami selamatkan..

Daddy: Ha! Kandungan??

Dr. Aziezy: Ya, kandungan. Kami telah berusaha sedaya yang kami mampu. Kami mintak maaf sekali lagi.

Berkerut dahi ayah Aisyah.

Daddy: Boleh saya tengok anak saya doktor?

Dr. Aziezy: Silakan. Tapi jangan biarkan dia buat banyak pergerakan kerana dia perlu banyak berehat.

Daddy: Baik doktor. Bila anak saya boleh keluar?

Dr. Aziezy: Kalau takde pape, esok dia dah boleh keluar.

Ayah Aisyah masuk melawat anaknya. Muka Aisyah kelihatan pucat lesu.

Aisyah: Daddy...

Daddy: Aisyah, jangan banyak bergerak, Aisyah kena banyak berehat. Ikut nasihat doktor.

Aisyah: Daddy, betul ke Aisyah mengandung?

Ayah Aisyah termenung..

Aisyah: Daddy.....??

Daddy: Semua tu perkara lama. Jangan dikenang lagi benda yang dah jadi.

Aisyah: Daddy!! Isk.. Isk...

Aisyah memeluk ayahnya. Aisyah disahkan mengandung namun keguguran.

Sekembali dari hospital, Aisyah dibawa naik ke biliknya. Aisyah ditinggalkan bersendirian supaya dia dapat berehat secukupnya. Aisyah termenung mengenangkan nasibnya.

Aisyah: Ya Allah. Apa yang telahku lakukan selama ini Ya Allah. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan kemungkaran terhadap-Mu Ya Allah.

Aisyah menangis mengenangkan dosanya yang menggunung. Aisyah terus pergi bilik air untuk mengambil wudhuk dan terus mengerjakan soalt sunat taubat. Setelah selesai mengerjakan solat sunat taubat, dia terus baring di atas katil. Laptop dicapainya.

Aisyah: Login!

Facebook terus dibuka.

Aisyah: New tab! "IheartIslamInfinity.blogspot.com"

Laman blog kegemarannya terus dibuka.

Aisyah: New Entry!

" Sedih??

Huwaa!!! (nangis). Test memandu aku fail! Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa nak tarik handbreak kat bukit tu! Sedihnya!! Rasa macam malas nak amek test lagi!! wait2! Kenapa aku perlu bersedih?? sedangkan Allah sentiasa bersama aku. Kenapa aku perlu rasa 'down'??Sedangkan Allah bersama aku. Kenapa perlu rasa putus asa? sedangkan Allah bersama aku. Yup!! Walau apa musibah yang melanda diri kita, kita tidak perlu bersedih. Walau kejayaan yang kita cari, tetapi kegagalan yang kita temu, jangan berputus-asa! Pohonlah kekuatan kepada Allah yang sentiasa bersama kita. Allah Maha Mendengar.



Aisyah: Yup! Allah sentiasa bersama kita!.

No comments:

Post a Comment