Thursday 19 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-11

Sedutan Episod 3 : Bukan kerana...

pandangan Ahmad terarah kepada Aisyah yang bersendirian di depan surau.

kelihatan seperti Aisyah sedang sibuk mencatit sesuatu di dalam buku hijau di tangannya.

Ahmad: memang pakej isteri solehah la. Memang ada ciri-ciri wanita idaman aku. "Terdidik wanita, terdidik generasi". Ustazah pilihan~

eh! bergurau lagi...

Aisyah Humaira, seorang wanita yang memiliki tubuh yang sederhana, tidak begitu gempal dan tidak juga begitu kurus.Memakai tudung labuh dan juga memakai niqab. dari segi fizikal, sudah menampakkan ciri-ciri wanita solehah. Tetapi cukupkah sekadar cantik luaran?

Daripada Episod 3 - Episod 10 kita dah ikuti kisah Aisyah. Ayuh kita sambung balik kisah Ahmad dan Aisyah.

Ahmad tekun mengintip Aisyah yang sedang bersendirian di hadapan surau ketika itu.

"oit! Ahmad! Apa kau buat tu??"

Tiba-tiba bahu Ahmad di pegang. Terkejut la Ahmad ketika tu!

Ahmad: Allahuakbar! Subhanallah!

Melompat-lompat Ahmad terperanjat. Nasib baik dia tak mencarut ketika itu.

Syed: Sory2 Mat! hahahahah. Apa yang ko tengok sampai khusyuk sangat tu? Sampai aku datang pun ko tak perasan.

Ahmad: Kuusss semangat! Ko ni Syed! Naisb baik aku takde heart feeling, kalau tak, lama dah aku jadi ahli kubur tau!

Syed: Heart feeling?? Heart feeling kat perempuan yang duduk depan surau tu tadi ke??

Ahmad: Heart feeling pulak, heart aattack! hahaha. Perempuan depan surau?? hahahaha. takde la!

Ahmad tersipu-sipu malu bila ditanya soalan sedemikian. Ahmad pun berpaling kembali ke arah surau, mana tau boleh tengok Aisyah lagi. Tapi sayang, Aisyah sudah tiada di situ lagi. Ahmad kelihatan seperti tercari-cari Aisyah.

Syed: Ha! tu, tu! Tak nak mengaku konon, yang tercari-cari tu apa?? Hahahaa. Mat, Mat.. Dengan roomate ko sendiri pun nak tipu.

Ahmad: Dah2! Jom pergi makan! Lapar dah ni!

Syed: Belanja aku!

Ahmad: Yela2!

Mereka berdua ni adalah roomate. Syed merupakan kawan Ahmad dari kecil dan kebetulan dapat melanjutkan pelajaran di universiti yang sama, kolej yang sama, kos yang sama, bilik pon sama.

Hari berikutnya di surau faulti.
Setelah selesai menguruskan urusan pendaftaran, Aisyah terus menuju ke surau.

Aisyah: Assalamualaikum..

Aisyah membuka pintu lalu masuk ke dalam surau.

Raihanah: Waalaikumussalam.. Eh, Aisyah!

Aisyah tersenyum lalu menghampiri Raihanah yang sedang duduk dipenjuru surau sambil menunggu waktu zohor.

Raihanah: Kenapa hari ni awak tak masuk kelas??

Aisyah: Saya menguruskan pendaftaran yang belum selesai semalam. Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Awak seorang sahaja?

Raihanah: Hmmm, saya seorang je. Yang lain semua pergi lunch..

Aisyah: Awak tak makan??

Raihanah: Hari ni hari Selasa, saya puasa. Awak tak makan?

Aisyah: Saya pun puasa juga.

Raihanah: Awak, saya ada something la nak tanya dengan awak...

Aisyah: Awak nak tanya apa??

"Allahuakbar Allaahuakbar!"

Azan zohor pon berkumandang. Mereka berdua senyap seketika untuk menghormati azan. Aisyah yang tadinya duduk bersama Raihanah bingkas bangun meninggalkan Raihanah menuju ke tempat wudhuk. Tidak lama selepas itu, Raihanah menyusul Aisyah.

"Lailahaillallah...."

Seusai azan, mereka pon mendirikan solat.

Aisyah: "Assalamualaikum warahmatullah.... Assalamualaikum warahmatullah..." " Bismillahirrahmanirrahim............. Amin ya rabbaal a'lamin.."

Aisyah menyapu mukanya seusai berdoa.

Raihanah: Jom aisyah! Kita dah lewat ke kuliah ni.

Aisyah bingkas bangun dan bersiap untuk ke kuliah.

Dalam perjalanan ke kuliah...

Raihanah: Aisyah, dah berapa lama awak berniqab?

Aisyah: Baru sahaja..

Raihanah: Apa yang menyebabkan awak berniqab?

Aisyah hanya tersenyum lalu menundukkan pandangannya.

Aisyah: Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Raihanah hanya tersenyum bila mendengar jawapan daripada Aisyah sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment