Thursday 22 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-5

kring!!!


8.00 a.m (di rumah Aisyah)


jam menunjukkan 8 pagi. Ibu Aisyah bingkas bangun mematikan jam locengnya.
setelah itu, ibu Aisyah menuju ke bilik Aisyah..

mummy: sayang...

Datin Suzanne memanggil sambil mengetuk pintu bilik tidur puteri tunggalnya.

mummy: wake up sayang.. jom join mummy n daddy breakfast..
       lama kita x berkumpul sekali.. (slanga Jepun cket)

tiada respon yang diberikan oleh Aisyah. 
lalu Datin Suzanne membuka pintu kamar Aisyah dan didapati Aisyah tiada di dalam.

mummy: Bibik!!! Aisyah mana??

Datin Suzanne memanggil bibik untuk mendapatkan jawapan.
Bibik sedar dirinya dipanggil. sepantas kilat bibik bergegas ke arah Datin Suzanne.

Bibik: Ya nyonya... Buk Aisyah belum pulang.. katanya ke rumah teman,..

mummy: Oh, rumah siapa?

Bibik: Ya enggak pasti nyonya..

mummy: hmmm.. kalau begitu, siapkan sarapan untuk Dato' dan saya.. kami nak sarapan di rumah sahaja..

Bibik: udah disiapin nyonya..


Di meja makan..

Daddy: mama, Aisyah mana? x ikut kita sarapan sekali??

mummy: dia tidur rumah kawan, nanti dia balik la 2..

Daddy: saya risau tengok anak kita 2. nampak macam kurang perhatian daripada kita terutama daripada awak sebagai
       seorang ibu.

mummy: mama pulak papa salahkan?? papa yang selalu outstation, sampai kurang masa nak spend dengan anak sendiri!!

daddy: papa kerja untuk keluarga. mama 2 sepatutnya luangkan masa dengan keluarga. ini tak, sibuk dengan persatuan mama
       tu!!

pantang berjumpa laki bini ni. asal berjumpa je bertekak.

mummy: Pak Mat! siapkan kereta, saya dah nak keluar.

driver: Siap datin!

setelah siap bersarapan, kedua-dua laki bini kembali kepda urusan masing-masing
Dato' sibuk dengan syarikatnya, Datin pulak sibuk dengan persatuannya.


10.00 a.m (hari yang sama)


gedegang!!

pintu rumah di tutup dengan kuat sekali.
nampak kelibat Aisyah dengan berlari-lari anak (macam orang x tentu arah la) menuju ke bilik tidurnya.


gedegang!! (kali kedua)


pintu biliknya pula ditutup dengan kuat.

Bibik: buk Aisyah??

bibik hairan akan kelakuan anak majikannya itu.


Di dalam bilik, Aisyah duduk termenung di atas katil sambil memeluk patung smurfnya.
Aisyah kelihatan muram dan kelihatan resah. kejadian yang berlaku pagi itu amat memalukan dirinya. 

Sunday 18 December 2011

Kasih Ayah dan Ibu

Ibu di kampung sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya..

Ibu        : Ahmad, lama cuti kali ni?
Ahmad  : hmmm..
Ibu        : Berapa lama?
Ahmad  : Lama la jugak.
Ibu        : Ahmad buat apa tu?
Ahmad  : tengah maen komputer.
Ibu        : Tu apa tu Ahmad? (sambil menunjuk ke arah skrin komputer)
Ahmad  : Gambar la. aduh!
Ibu        : Pandai anak ibu ni. Belajar sampai universiti. pandai komputer pula tu. Nanti boleh la ajar ibu. (sambil mengusap kepala anaknya dan mencuba memeluknya)
Ahmad  : Apa ni bu? Gelilah! Orang nak besar lah! Tak payah la peluk-peluk. Segan la orang tgk!

Si ibu hanya tersenyum lalu ke dapur....

Di dapur...

Ibu        : Ahmad! Tolong ibu kejap beli kemas meja makan...
Ahmad  : Orang sibuk la bu! 
Ibu        : Tersenyum (sambil meneruskan kerja)



Setiap kali kita balik, ada sahaja ibu atau bapa kita mengarah kita untuk menolongnya dalam pelbagai perkara berat atau ringan, bertanyakan pelbagai soalan yang pada pandangan kita seperti soalan bodoh-bodoh. Sedarkah kita bahawa itu semua dilakukan ibu atau bapa kita hanya kerana mereka rindukan perhatian daripada kita si anak. Jika mereka meminta tolong tu pun, mungkin mereka rindukan untuk melakukan aktiviti bersama kita. Jika mereka bertanyakan pelbagai soalan, sebenarnya mereka rindu untuk berbual bersama kita. Jika mereka ingin membelai kita, janganlah kita menolak kerana mungkin untuk adalah pelukan hangat daripada mereka yang terakhir. Jika mereka senyum melihat telatah kita, tataplah wajah mereka sepuasnya kerana mungkin selepas ini tiada lagi senyuman yang terukir di wajah mereka kerana mereka telah kaku di pembaringan (meninggal dunia). 






Monday 12 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-4

new message..
from: Aisyah
      "I pergi party U" 
Christinne: nice la Aisyah!
new message...
from: Christinne
     "nice! nanti cousin I dtg amek U kt rumah k. 
      nanti I send U his fon number"
Aisyah: (tersenyum) christinne... christinne...


di dalam kelas..
Aisyah: hmmmm.. Engineer from Australia.. mesti hensem..
             (tersenyum sengsorang)

                   
Aisyah ni belum pernah ber'couple' walaupun dia ni dalam kategori awek hot. tetapi perasaan ingin berpasangan ni dah lama ada dalam diri Aisyah. tunggu peluang je. Wanita.. mereka akan terasa ketinggalan jika pada umur 20 dan ke atas belum ada pasangan. kira 'L' gak la.. *looser~


Khamis, 8.00 p.m...
Aisyah: Bik!!! daddy ngan mummy mane??
Bibik: belum balik lagi buk~
Aisyah: hmmm.. xpelah bik, aisyah nak keluar malam ni. nanti kalau daddy ngan mummy balik, cakap Aisyah pergi rumah kawan ye.
Bibik: bisa buk~

new message..
from: 013-345****
      "I dah sampai, kat luar gate."
                          -Ryan-

Aisyah: (tersenyum) ok la bik, Aisyah pergi dulu ye.
Aisyah pun keluar dan pandangannya terus terarah ke luar gate.
Ryan pon melambai sebagai tanda. Aisyah bergegas lari ke arah Ryan.
Ryan: wow! nice!
           hi beautiful!!
Aisyah: Ryan??
Ryan: Yeah! it's me. Aisyah ryte??
Aisyah: (tersenyum) Yup!
Aisyah pun masuk la ke dalam kereta BMW X6 Ryan. kira first impression - Ryan = hensem + kaya. 
agak kekok Aisyah bila berada disamping Ryan. ni boleh dikatakan first date la untuk Aisyah.
kegelapan malam dan ditemani lampu-lampu neon menambahkan lagi rasa kejanggalan Aisyah bila bersama Ryan.
Ryan: (tersengih) semerbak kereta I bila U masuk tadi.
Ryan memulakan perbualan..
Aisyah: minyak attar je. Malaikat Subuh.
eh, bergurau pulak~ 
Ryan: Serious?? new brand ke? x pernah dengar pun b4 ni.
tanya Ryan dengan muka serious persis Jalalluddin Hassan.
Aisyah: kiddin' je la.
Ryan: U ni! malam2 jumaat ni ajak bergurau pulak.
           Aisyah, U ni comel la. Bf u x marah ke U keluar dengan I malam ni?
Ayat pancing standard oleh Ryan
Aisyah: xde sape la nak marah U. I mane ada Bf.
Ryan: xkan la gadis secomel U ni xde org minat kot?? hehehe.
Aisyah: (tersenyum)

30 minit perjalanan, sampailah mereka di rumah Christinne.
Ryan: sampai pun kita. Jom..
Aisyah: (tersenyum)
christinne sudah menunggu di depan pintu masuk rumah.
Christinne: Aisyah my darling!! come2..
Ryan dan Aisyah pun menuju ke arah christinne .
party malam 2 pun bermula. mak bapak Christinne ni outstation.
so, party malam tu adalah party muda-mudi. pergaulan bebas lelaki perempuan. 
arak, seks bebas semua ada. kira complete package untuk ahli neraka la.
berbalik kepada cerita Aisyah dan Ryan.
Ryan: guys! perkenalkan girlfriend I, my love, Aisyah.
Aisyah: (terpinga-pinga) eh, hmmm.. hye~
           "Ryan, kenapa U kenalkan I Gf U?" bisik Aisyah pada Ryan.
Ryan: nanti diorang ngorat U, melepas I. hehehe.
Aisyah: gatal la U ni! (marah-marah manja)
            wekk!! :P
Aisyah berlalu pergi meninggalkan Ryan dan rakan-rakannya.
pelakon tambahan: cun la awek lu Ryan! mcm Yoona SNSD la.
Ryan: eh, memang die la ni. Baru convert Islam. Amacam?? bersesuaian dengan malam yang baik ni, malam jumaat, aku akan pastikan yang dia akan jatuh kat tangan aku jugak.
pelakon tambahan: Macam sial! dr Dulu sampai sekarang perangai x berubah!
haa!! macam biasa, kalau lu dapat die malam nih, BMW X6 gua yang lu pakai td, lu ambik. Amacam?? deal??
Ryan: hmm.. senang la bro, ni Ryan la.
pelakon tambahan: tapi kali ni, gua nak lu rakam aksi lu melalui video.. "Aksi malam Jumaat". hahahaha.

Sunday 4 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-3

Ahmad menuju ke makmal komputer fakulti.
Ahmad: ok, kelas pukul 11.00 pagi. sekarang baru pukul 9.00, 2 jam free.
sampai sahaja di makmal komputer..
Ahmad: Ya Allah! ramainya manusia. xde komputer kosong pulak 2.
      baru je nak daftar subjek. terbantut hasrat aku.
Ahmad beredar pergi dari makmal komputer 
Ahmad: macam kenal je minah ni. macam Aisyah?
pandangan Ahmad terarah kepada Aisyah yang bersendirian di depan surau.
kelihatan seperti Aisyah sedang sibuk mencatit sesuatu di dalam buku hijau di tangannya.
Ahmad: memang pakej isteri solehah la. memang ada
            ciri-ciri wanita idaman aku.
            "terdidik wanita, terdidik generasi". Ustazah pilihan~
eh! bergurau lagi...
Aisyah Humaira, seorang wanita yang memiliki tubuh yang sederhana, tidak begitu gempal dan tidak juga begitu kurus. memakai tudung labuh dan juga memakai niqab. dari segi fizikal, sudah menampakkan ciri-ciri wanita solehah. tetapi cukupkah sekadar cantik luaran?

Ini kisah Aisyah..
3 bulan sebelum itu..
Bibik: buk Aisyah~ sarapan buk. makanannya udah disiapin.
bibik memanggil Aisyah sambil menyediakan meja makan.
Aisyah: sebentar bik. Aisyah tengah bersiap ni.
setelah bersiap, Aisyah pun turun ke ruang makan sambil menggalas beg untuk ke kuliah.
Aisyah merupakan pelajar tahun akhir Diploma Muzik di sebuah kolej swasta.
Buat pengetahuan korang, Aisyah ni pandai budaknya, SPM full A's. tapi minat nak sambung belajar kos-kos macam medic or engineering ni kurang, tu yang die amek kos muzik ni di salah sebuah kolej swasta terkemuka di Malaysia. Anak Dato' la katakan. wang bukan masalah.  


okeh, kembali kepada cerita tadi!
Aisyah: Bibik, mummy ngan daddy dah balik?
Bibik: ya udah. tadi malam sampainya. mungkin sedang berehat di atas.
Dato' Zulkifli bin Ismail merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia.
Datin suzanne mariam Abdullah pula merupakan tokoh wanita yang amat disegani.
mereka dikurniakan hanya seorang anak iaitu Aisyah Humaira. 
kiranya Aisyah ni mixed blood la sebab mak die ni orang Japan masuk Islam.
setelah siap bersarapan, Aisyah pun ke kuliah.

Di kolej...
Christinne: Aisyah! U pegi x birthday party I malam ni??
Aisyah: I segan la nak pegi. sorang-sorang pulak 2.
Christinne: alah~ ok, since u pun single lg, I nak kenalkan
                U dengan cousin I yg baru balik dari
                Australia. Engineering student lg. Rugi la U kalau U
                tolak offer I.
Aisyah merupakan seorang wanita yang baik, comel, sopan tapi kurang didedahkan dengan keindahan Islam.
Aisyah: (terdiam). hmmm, nanti I text u if I pegi k?
Christinne: U confirm b4 lunch k. if x, I open dat offer kat org lain.
Amboih! dah mcm offer barang je dorg ni.


Saturday 3 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-2

alangkah terkejutnya Ahmad bila memandang wanita itu.
Ahmad: Allah! ada kat sini pulak perempuan melayu terakhir nih. 
Ahmad mengalihkan pandangan kembali ke dalam bag untuk mencari lecture note nya.
Ahmad: mane pulak lecture note aku nih??? time2 ni pulak die nak main nyorok-nyorok!
pencarian masih diteruskan.
Dr. Syed: Ahmad, kamu buat ape tu?? resah gelisah je nampak???
Ahmad: heeee... xde pape doc.
sambil menyisir rambut ke kanan.
itulah gaya Ahmad setiap kali bila namanya disebut.

Kuliah pun bermula...
Ahmad: aduh, pagi-pagi lagi dah spoil! 
sambil mengeluarkan kertas kosong untuk buat catitan kuliahnya.
Dr. Syed: oh! kamu student baru ye?? 
soalan itu ditujukan kepada wanita itu.
Aisyah: saya doctor. 
Dr. Syed: hmmm.. guys, nampaknya kita ada student baru. boleh kenalkan diri kamu??
Aisyah: Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Aisyah Humaira bt. zulkifli. Saya berasal dari Tg. Malim, Perak.
Aisyah memperkenalkan dirinya ringkas.
Ahmad: Aisyah Humaira, dari Tg. Malim. Tg. Malim??? Dekat rumah aku!! 
Ahmad, dalam kuliah tu fokus lah. ni mengelamun pulak.
Ahmad: Astaghfirullahalazim. Mat! ko tengah study ni. Fokus! Fokus!
Ahmad begitu tertarik dengan Aisyah. Begitu istimewanya Aisyah di mata Ahmad.

"bidadari, bidadari, temanilah resahku..."
Ringtone henset Ahmad berkumandang dengan lantang.
Dr. Syed: Ahmad~
Ahmad: Ye saya!
Pandangan Ahmad terarah ke pada Aisyah.
Dr. Syed: Mat~ bukan Aisyah yang panggil kamu. bapak Aisyah ni ha yg panggil kamu.
               kamu nak pakai henset baru ke?? macam dah x sayang je dengan henset kamu sekarang??
Sepantas bugatti veyron (sejenis kereta) Ahmad berpaling ke arah Dr. Syed.
Ahmad: Heeeeee....
Dr. Syed: sebelum saya buatkan henset kamu R.I.P, baik kamu silentkan. 
"aduh, malunye aku!! macam mana aku boleh pi pandang Aisyah pulak??" bisik hati Ahmad

Raihana: Assalamualaikum Aisyah. saya Raihana. selamat berkenalan.
Aisyah: Waalaikumussalam w.b.t. selamat berkenalan. maafkan saya, minta diri dulu ya.
bergegas Aisyah beredar dari situ meninggalkan Raihana. 
Tersentak Raihana. perbualan mereka tergantung di situ. 
kelihatan di raut wajah Aisyah seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Raihana: Aisyah??




Bukan Kerana.... Ep-1

Alarm!! 6.00 a.m.
Ahmad: Wuargh!!
tuala dicapai, terus ke bilik air. seusai mandi, solat subuh dan bersedia untuk ke kuliah.
Ahmad: Hari baru, Azam baru, keyakinan yang baru.
melihat ke cermin di sebelah pintu keluar
Ahmad: ok mat, hari ni ko hensem. sebijik macam lecturer Thermodynamics ko.
sambil menyikat rapi rambutnya ke arah kanan
rutin Ahmad setiap pagi untuk meningkatkan keyakinan dirinya yang sentiasa berada di bawah tahap normal hidupan bernyawa  
                               
Di kafe fakulti...
Ryna: Aunty, nasi lemak. Telur "goyang" letak atas ye.
Ryna, seorang perempuan yang bajet hot dengan gayanya yang ala-ala K-pop.
Ryna: Eeeuuuuuhh! u olz, tgk mamat hujung kafe 2. skema gile u olz! dah macam william Hung dah I tgk. choi!!
Ahmad terdengar akan perbualan Ryna itu.
Ahmad: Astaghfirullahalazim. turun graf keyakinan aku untuk hari ni
"geram betul aku ngan minah-minah bajet K-pop ni. kalau cun xpe, ni muka masing-masing dah macam  Park-Ji-Sung dah aku tgk," bisik hati kecil Ahmad.
dalam skema-skema Ahmad ni. pandai jugak die buat persamaan yang hyperbola.

Dalam perjalanan menuju dewan kuliah...
Ahmad: Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah.
terpandang akan Ahmad ke arah seorang Wanita yang ber..... (yang tutup muka, nampak mata je, x taw lak name die) di depan Pejabat Am Fakulti. 
Ahmad: Tak pernah nampak pulak die ni selama ni.
Buat pengetahuan semua, Ahmad ni student Engineering. baru tahun 1, semester 1. Bajet mcm dah lama je dekat fakulti tu. Ahmad...ahmad...
Ahmad: mungkin pelajar baru nak daftar nih.
Ahmad teruskan perjalanan menuju ke Dewan kuliah.

Dalam Dewan Kuliah...
Seperti biasa, tempat Ahmad adalah paling depan dalam dewan kuliah tu. 
Ahmad: aduh! sakit perut pulak. Kuliah dah nak start dah ni.
Ahmad bergegas ke tandas membuat pelaburan.
Ahmad: Fuh! Lega. nasib baik sempat melabur. kalau tak, tercicir-cicir la duit aku tengah jalan tadi.
Eh! Bergurau pulak~
Ahmad kembali ke dalam dewan kuliah. 
seperti biasa juga, Ahmad akan menundukkan pandangan dan tersipu-sipu malu ketika berjalan menuju tempat duduknya di barisan paling depan persis juara "Gadis Melayu musim ke 4"
Ahmad: pesan mak, sebelum belajar, baca doa.
Bismillâhir Rahmânir Rahîm,
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad
Allâhumma akhrijnî min zhulumâtil wahmi, wa akrimnî bi nûril fahmi.
Allâhummaftah ‘alaynâ abwâba  rahmatika, wansyur ‘alaynâ khazâina ‘ulûmi- ka birahmatika
yâ  Arhamar râhimîn.
Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman.
Ya  Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami
khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari
segala yang mengasihi.
Amin…
Seusai membaca doa, Ahmad menoleh kekiri untuk mengambil lecture note nya. 
Alangkah terkejutnya Ahmad apabila wanita yang dijumpainya tadi ada di dalam dewan kuliah itu.