Friday 27 January 2012

Bukan Kerana.... Ep-13 ( Final )

Syed: Oit! Buku ape yang ko bawak tu??

Kak Jah: Minum apa dik??

Ahmad: Errr... Teh O Ais satu. Makan nanti saya ambil.

Syed: Oit Mat! masa nak makan pun ko nak buat esaimen ke? Relax la dulu.

Ahmad: Esaimen apa ko cakap ni? Tak. Ni ha. Buku ni aku jumpe kat depan surau fakulti kita semalam.

Syed: Sapa punye buku tu?

Ahmad: Entah la. Aku tak buka lagi. Takut la nak bukak.

Syed: Dah2. Ko simpan je dulu buku tu. Kita pekena makan tengahari dulu. Kang habis lauk Kak Jah tu, menangis tak berirama la kita.

Ahmad pun menyimpan kembali buku itu ke dalam beg. Mereka berdua terus pergi memilih lauk untuk makan tengahari mereka.

Syed: Weh Ahmad. Sepanjang aku kenal dengan ko, tak pernah aku jumpe family ko datang lawat ko?

Ahmad: Hahaha. Family aku busy la. Tak pe la. yang penting family aku tau yang aku sihat walafiat kat sini.

Syed: Dan satu lagi. Kenapa perempuan takut sangat nak berkawan dengan ko ek? Sepanjang 4 tahun ko belajar kat sini, tak pernah pulak aku nampak ko bercakap dengan perempuan melainkan kalau nak buat esaimen berkumpulan, baru la nampak ko bercakap dengan jantina lain.

Ahmad: Mungkin dorang tak suka dengan penampilan aku. Yela, aku ni skema, nampak macam budak-budak bodoh je. Mana la ada perempuan nak berkawan dengan aku. Dan satu lagi, perempuan sekarang ni kebanyakannya memandang rupa daripada hati ko tau?

Syed: Amboi! Macam sedih je bunyi?

Ahmad: Tak la. Cuma pandangan aku je. Dah2, cepat2 makan. Kali ni aku belanja ko.

Syed: Terbaik!!

4 tahun pengajian sudah pun habis. Akhirnya mereka telah menggenggam segulung ijazah Kejuruteraan.

Syed: Alhamdulillah. Tamat juga pembelajaran kita kat sini. Banyak benda telah kita lalui bersama.

Ahmad: Syukur Ya Allah. Lepas ni susah la kita nak jumpa selalu kan Syed!

Syed: Takpe2. Internet kan ada. Roger2 la aku kalau ko rindu kat aku. Hahahaha.

Ahmad: Rindu la sangat!

Syed: Eh Mat! Ko balik ngan sape ni?

Ahmad: Balik ngan family aku la. Banyak barang yang nak kena bawak balik nih.

Syed: Kira family ko datang la ni? Wah! Akhirnya aku dapat jugak aku berjumpa dengan family ko.

Ahamd: Boleh je.

"ringtone fon Ahmad berbunyi"

Ahmad: Assalamualaikum, Hello Abah. Abah dah sampai ke?

Abah: Waalaikumussalam Ahmad! Abah dah ada kat bawah ni. Nak Abah naik ambil barang ke?

Ahmad: Takpelah Abah. Roomate Mat boleh tolong. Abah tunggu kat bawah ye.

Abah: Ok.

Ahmad: Syed, tolong bawak barang aku sikit. Boleh la ko jumpe family aku sekali.

Syed: No problem kawan!

Barang-barang Ahmad pun di bawa turun oleh mereka berdua.

Syed: Mana kereta ayah ko ni Mat?

Ahmad: Ko ikut je la aku.

Mereka berdua menuju ke arah sebuah kereta mewah yang diletakkan di bawah pokok.

Syed: Mat! ni ke ayah ko?

Ahmad: Ye la tu.

Abah: Ahmad! lama tak jumpa anak abah ni.

Mereka saling berpelukan. Selama ini mereka jarang berjumpa kerana ayah Ahmad duduk di Jepun kerana menguruskan perniagaan di sana.

Syed: Fuh! kaya jugak si Ahmad ni! Kat kolej punya la low profile, tapi sebenarnya kaya gila! Siap pakai driver lagi! (bisik Syed dalam hati)

Ahmad: Ok la Syed! Aku kena berangkat ni. Senang-senang jumpa lagi. Kau la sahabat aku yang paling setia dan paling best!

Syed: Ok Mat!

Mereka berpelukan buat kali terakhir sebelum berpisah.

Di dalam kereta..

Abah: Ahmad, Ahmad pun dah habis belajar. Abah ingat nak serahkan bisnes abah Kat Malaysia ni pada Ahmad la.

Ahmad: Ahmad setuju je. Kesian kat abah nak kena ulang-alik dari Jepun ke Malaysia semata-mata nak uruskan dua bisnes abah.

Abah: Bagus. macam ni la anak abah!

Ahmad kini berusia 27 tahun dan telah mengambil alih bisnes keluarganya di Malaysia. Penampilannya juga sudah berubah, nampak sedikit matang dan menarik berbanding dahulu. Kira sekarang ni dah jadi jejaka idaman malaya la. Kaya, berpelajaran, hensem,dan bonus point adalah masih berpegang teguh dengan agama Islam.

Di pejabatnya...

Ahmad: Eh, buku ni. Buku yang aku jumpe dekat Surau fakulti dulu! Sapa punye la. Lupa pulak dah.

Ahmad pun membuka buku tersebut setelah sekian lama menyimpannya.

"Aisyah Humaira bt. zulkifli"

Ahmad: Aisyah punya??

Ahmad membaca isi kandungannya. Alangkah terkejutnya Ahmad bila mengetahui sejarah hidup Aisyah yang sebenarnya. Buku yang Ahmad jumpa itu adalah buku hijau Aisyah yang hilang dahulu.

Ahmad: Aku mesti pulangkan buku ni kepada Aisyah balik.

"Alamat: ..........................
             ..........................
             ........ Tanjung Malim, Perak."

Ahmad: Ok! Alamat dah ada. Sekarang juga aku pergi.

Ahmad terus memandu keretanya menuju Tanjung Malim. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur (rumah baru Ahmad) ke Tanjung Malim.

Ahmad: Wah! Besarnya rumah! Ni ke rumah Aisyah?

Ahmad telah tiba di sebuah bungalow.

Ahmad: Eh, betul la ni. Alamat dah betul dah.

Ahmad: Assalamualaikum!

Aisyah: Waalaikumussalam... Encik nak cari siapa?

Ahmad: Aisyah! (jerit Ahmad dalam hati)

Ahmad: Err.. Ni rumah Aisyah?

Aisyah: Ye saya Aisyah. Encik nak cari siapa?

Ahmad: Saya Ahmad.

Aisyah: Ahmad?

Ahmad: Ahmad. Budak nerd fakulti Engineering..

Aisyah: Astaghfitullahalazim! Ahmad. Awak nampak lain la sekarang! Ada apa hal awak cari saya? Macam mana awak boleh sampai ke sini?

Ahmad: Sebenarnya saya nak bagi balik buku hijau awak ni. Maaflah saya dah terbaca isi kandungannya.

Aisyah terkejut bila melihat buku hijau yang selama ini hilang berada di tangan Ahmad. Aisyah mengambil buku hijau tersebut dengan pantas lalu terus masuk ke dalam rumah.

Ahmad: Aisyah! Saya minta maaf sebab terbaca buku awak!

Aisyah terus masuk ke dalam bilik lalu menangis. Ahmad di tinggal keseorangan di luar. Bibik yang pelik dengan kelakuan Aisyah, terus meluru ke luar.

Ahmad: Makcik, boleh saya berjumpa dengan Aisyah?

Bibik: Buk Aisyah lagi di bilik. Bapak balik dulu la ya.

Ahmad: Hmmm, Takpelah kalau begitu. Sampaikan salam maaf dari saya.

Ahmad berasa bersalah terhadap Aisyah.

Di rumah Ahmad..

Abah: Ahmad, usia kamu pun dah nak masuk ke angka 30 tahun dah. Rasanya eloklah kamu berumahtangga.

Ahmad: Ahmad belum ada calon lagi la abah.

Abah: Kalau Ahmad takde calon, abah ada calonnya.

Ahmad: Ikut abah la. Apa yang terbaik bagi Abah dan mak, terbaiklah bagi Ahmad.

Abah: Bagus. Esok ikot abah jumpe bakal isteri kamu.

Ahmad: Ha? Esok? Amboi! cepatnya! okok. Ahmad ikut je.

Keesokan harinya..

Ahmad: Eh, Abah. Kita nak balik Tanjung Malim ke??

Abah: Kita nak singgah Tanjung Malim la ni.

Ahmad: Hmmm.. Ok!

Ahmad sekeluarga menuju Tanjung Malim. Selepas sejam perjalanan, mereka pon tiba di destinasi.

Ahmad: Eh? Ni rumah Aisyah! Buat apa kat sini. (bisik ahmad)

Abah: Ha Mat! Dah sampai dah kita. Ni rumah kawan abah. Dato' Zulkifli, ahli korporat terkenal kat Malaysia. Abah nak kenalkan Ahmad dengan anak perempuan die. Sopan orangnya. Pakai tudung labuh, siap berniqab lagi.

Ahmad: Aisyah ke??

Ahmad terkejut dengan apa yang berlaku pada dirinya ketika itu. Bila dua keluarga bertemu, perbincangan menjadi semakin serius untuk menyatukan dua jiwa menjadi satu.

Mummy Aisyah: Ha Aisyah. Ni Ahmad, bakal suami kamu. Bukalah niqabmu supaya Ahmad dapat melihat wajah kamu.

Aisyah: Baik mummy..

Aisyah pun membuka niqabnya. Alangkah terpesonanya Ahmad akan kejelitaan yang dimiliki oleh Aisyah. Aisyah kembali menutup niqabnya.

Daddy Aisyah: Baiklah lepas ni akad nikah, lepas tu kita buat majlis kesyukuran sedikit untuk menguar-uarkan kepada masyarakat yang mereka ni dah berkahwin. Macam mana pendapat Tan Sri?

Abah: Saya setuju sahaja. Ok Ahmad?

Ahmad: Ok Abah.

Mereka pun telah diijabkabulkan. Ahmad dan Aisyah sah menjadi suami isteri. Setelah selesai majlis, mereka berdua naik masuk ke bilik.

Aisyah: Abang, dulu saya seorang wanita yang sering bergelumang dengan dosa...

Ahmad: ........

Aisyah: Abang, dulu saya langsung tak pernah teringin untuk solat mahupun puasa...

Ahmad:........

Aisyah: Abang, dulu saya tak pernah menjaga batas pergaulan saya dengan lelaki lain...

Ahmad: .........

Aisyah: Abang, dulu saya tak pernah kisah pasal aurat saya... Saya pertontonkan aurat saya tanpa ada perasaan malu..

Ahmad: ........

Aisyah: Walaupun abang dah tahu mengenai kisah hidup saya, kenapa abang masih sanggup memperisterikan saya??

Ahmad: (tersenyum) Esok abang jawab. Aisyah tidur dulu ye. Abang ada kerja sikit kat luar.

Aisyah terus tertidur beberapa minit kemudiannya. Ahmad menyelimutkan isterinya. Laptop dicapai dan terus keluar bilik.

"Assolatukhairumminannaum!"

Ahmad: Aisyah, bangun. Solat subuh. Abang tunggu dekat bilik solat.

Aisyah terus bersiap untuk mengerjakan solat subuh berjemaah buat pertama kalinya berimamkan suami sendiri.

Selesai solat subuh, Ahmad terus bersiap untuk ke Kuala Lumpur diatas urusan kerja yang tak dapat dielakkan.

Ahmad: Aisyah, abang terpaksa ke Kuala Lumpur kejap. Sebelum malam abang balik. Aisyah jaga diri kat rumah ya?

Aisyah: Baik abang.

Ahmad pon bertolak ke Kuala Lumpur. Setelah kerja rumah sudah disempurnakan oleh Aisyah, Aisyah terus membuka lappy dan melayari internet.

"IheartIslamInfinity.blogspot.com"

Aisyah: New entry!

"Bukan Kerana...

Assalamualaikum W.B T kepada semua pembaca sekalian.

Setelah sekian lama saya tak update blog ini kerana sibuk dengan urusan kerja. Kali ini saya terpanggil untuk menulis pula. Alhamdulillah, kini saya telah menjadi suami kepada seorang wanita yang jelita akhlaknya sepadan dengan jelita wajahnya. Alhamdulillah. Namun entry kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya di blog ini untuk mengubah cara kita berpandangan. Janganlah kita menghakimi seseorang itu berdasarkan kisah lalunya yang teruk, tetapi kita hendaklah pandang mereka dengan kisah hidupnya yang sekarang yang sudah kembali ke jalan yang betul iaitu jalan Allah.  Semua orang akan melakukan kesalahan pada masa lampaunya, namun jika seseorang itu dah bertaubat dengan taubat nasuha, bagi saya dia berhak untuk memulakan hidupnya yang baru.

dan buat isteri saya yang tercinta, maaf kerana saya pernah membaca buku hijau awak dan saya betul-betul minta maaf. Jawapan kepada persoalan awak semalam, " saya kahwin dengan awak BUKAN KERANA kisah lalu awak, tetapi saya kahwin dengan awak kerana awak adalah JODOH saya.

Yang Ikhlas,

Ahmad"



                                                                           TAMMAT

3 comments:

  1. alhamdulillah~ akhirnye dpt gak ditamatkan cite ni ek... good job :)
    keep it up okeh!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Akhirnya habis jugak. supaya dapat dijadikan pengajaran

    ReplyDelete