Saturday 3 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-1

Alarm!! 6.00 a.m.
Ahmad: Wuargh!!
tuala dicapai, terus ke bilik air. seusai mandi, solat subuh dan bersedia untuk ke kuliah.
Ahmad: Hari baru, Azam baru, keyakinan yang baru.
melihat ke cermin di sebelah pintu keluar
Ahmad: ok mat, hari ni ko hensem. sebijik macam lecturer Thermodynamics ko.
sambil menyikat rapi rambutnya ke arah kanan
rutin Ahmad setiap pagi untuk meningkatkan keyakinan dirinya yang sentiasa berada di bawah tahap normal hidupan bernyawa  
                               
Di kafe fakulti...
Ryna: Aunty, nasi lemak. Telur "goyang" letak atas ye.
Ryna, seorang perempuan yang bajet hot dengan gayanya yang ala-ala K-pop.
Ryna: Eeeuuuuuhh! u olz, tgk mamat hujung kafe 2. skema gile u olz! dah macam william Hung dah I tgk. choi!!
Ahmad terdengar akan perbualan Ryna itu.
Ahmad: Astaghfirullahalazim. turun graf keyakinan aku untuk hari ni
"geram betul aku ngan minah-minah bajet K-pop ni. kalau cun xpe, ni muka masing-masing dah macam  Park-Ji-Sung dah aku tgk," bisik hati kecil Ahmad.
dalam skema-skema Ahmad ni. pandai jugak die buat persamaan yang hyperbola.

Dalam perjalanan menuju dewan kuliah...
Ahmad: Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah.
terpandang akan Ahmad ke arah seorang Wanita yang ber..... (yang tutup muka, nampak mata je, x taw lak name die) di depan Pejabat Am Fakulti. 
Ahmad: Tak pernah nampak pulak die ni selama ni.
Buat pengetahuan semua, Ahmad ni student Engineering. baru tahun 1, semester 1. Bajet mcm dah lama je dekat fakulti tu. Ahmad...ahmad...
Ahmad: mungkin pelajar baru nak daftar nih.
Ahmad teruskan perjalanan menuju ke Dewan kuliah.

Dalam Dewan Kuliah...
Seperti biasa, tempat Ahmad adalah paling depan dalam dewan kuliah tu. 
Ahmad: aduh! sakit perut pulak. Kuliah dah nak start dah ni.
Ahmad bergegas ke tandas membuat pelaburan.
Ahmad: Fuh! Lega. nasib baik sempat melabur. kalau tak, tercicir-cicir la duit aku tengah jalan tadi.
Eh! Bergurau pulak~
Ahmad kembali ke dalam dewan kuliah. 
seperti biasa juga, Ahmad akan menundukkan pandangan dan tersipu-sipu malu ketika berjalan menuju tempat duduknya di barisan paling depan persis juara "Gadis Melayu musim ke 4"
Ahmad: pesan mak, sebelum belajar, baca doa.
Bismillâhir Rahmânir Rahîm,
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âli Muhammad
Allâhumma akhrijnî min zhulumâtil wahmi, wa akrimnî bi nûril fahmi.
Allâhummaftah ‘alaynâ abwâba  rahmatika, wansyur ‘alaynâ khazâina ‘ulûmi- ka birahmatika
yâ  Arhamar râhimîn.
Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman.
Ya  Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami
khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari
segala yang mengasihi.
Amin…
Seusai membaca doa, Ahmad menoleh kekiri untuk mengambil lecture note nya. 
Alangkah terkejutnya Ahmad apabila wanita yang dijumpainya tadi ada di dalam dewan kuliah itu.


















2 comments:

  1. ceh,lpas ni boleh buat movie lah kau..

    ReplyDelete
  2. mira, tunggu episod akan datang. nanti ade la adaptasi dari cte ni ke movie. hahaha

    ReplyDelete