Sunday 18 December 2011

Kasih Ayah dan Ibu

Ibu di kampung sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya..

Ibu        : Ahmad, lama cuti kali ni?
Ahmad  : hmmm..
Ibu        : Berapa lama?
Ahmad  : Lama la jugak.
Ibu        : Ahmad buat apa tu?
Ahmad  : tengah maen komputer.
Ibu        : Tu apa tu Ahmad? (sambil menunjuk ke arah skrin komputer)
Ahmad  : Gambar la. aduh!
Ibu        : Pandai anak ibu ni. Belajar sampai universiti. pandai komputer pula tu. Nanti boleh la ajar ibu. (sambil mengusap kepala anaknya dan mencuba memeluknya)
Ahmad  : Apa ni bu? Gelilah! Orang nak besar lah! Tak payah la peluk-peluk. Segan la orang tgk!

Si ibu hanya tersenyum lalu ke dapur....

Di dapur...

Ibu        : Ahmad! Tolong ibu kejap beli kemas meja makan...
Ahmad  : Orang sibuk la bu! 
Ibu        : Tersenyum (sambil meneruskan kerja)



Setiap kali kita balik, ada sahaja ibu atau bapa kita mengarah kita untuk menolongnya dalam pelbagai perkara berat atau ringan, bertanyakan pelbagai soalan yang pada pandangan kita seperti soalan bodoh-bodoh. Sedarkah kita bahawa itu semua dilakukan ibu atau bapa kita hanya kerana mereka rindukan perhatian daripada kita si anak. Jika mereka meminta tolong tu pun, mungkin mereka rindukan untuk melakukan aktiviti bersama kita. Jika mereka bertanyakan pelbagai soalan, sebenarnya mereka rindu untuk berbual bersama kita. Jika mereka ingin membelai kita, janganlah kita menolak kerana mungkin untuk adalah pelukan hangat daripada mereka yang terakhir. Jika mereka senyum melihat telatah kita, tataplah wajah mereka sepuasnya kerana mungkin selepas ini tiada lagi senyuman yang terukir di wajah mereka kerana mereka telah kaku di pembaringan (meninggal dunia). 






No comments:

Post a Comment