Sunday 4 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-3

Ahmad menuju ke makmal komputer fakulti.
Ahmad: ok, kelas pukul 11.00 pagi. sekarang baru pukul 9.00, 2 jam free.
sampai sahaja di makmal komputer..
Ahmad: Ya Allah! ramainya manusia. xde komputer kosong pulak 2.
      baru je nak daftar subjek. terbantut hasrat aku.
Ahmad beredar pergi dari makmal komputer 
Ahmad: macam kenal je minah ni. macam Aisyah?
pandangan Ahmad terarah kepada Aisyah yang bersendirian di depan surau.
kelihatan seperti Aisyah sedang sibuk mencatit sesuatu di dalam buku hijau di tangannya.
Ahmad: memang pakej isteri solehah la. memang ada
            ciri-ciri wanita idaman aku.
            "terdidik wanita, terdidik generasi". Ustazah pilihan~
eh! bergurau lagi...
Aisyah Humaira, seorang wanita yang memiliki tubuh yang sederhana, tidak begitu gempal dan tidak juga begitu kurus. memakai tudung labuh dan juga memakai niqab. dari segi fizikal, sudah menampakkan ciri-ciri wanita solehah. tetapi cukupkah sekadar cantik luaran?

Ini kisah Aisyah..
3 bulan sebelum itu..
Bibik: buk Aisyah~ sarapan buk. makanannya udah disiapin.
bibik memanggil Aisyah sambil menyediakan meja makan.
Aisyah: sebentar bik. Aisyah tengah bersiap ni.
setelah bersiap, Aisyah pun turun ke ruang makan sambil menggalas beg untuk ke kuliah.
Aisyah merupakan pelajar tahun akhir Diploma Muzik di sebuah kolej swasta.
Buat pengetahuan korang, Aisyah ni pandai budaknya, SPM full A's. tapi minat nak sambung belajar kos-kos macam medic or engineering ni kurang, tu yang die amek kos muzik ni di salah sebuah kolej swasta terkemuka di Malaysia. Anak Dato' la katakan. wang bukan masalah.  


okeh, kembali kepada cerita tadi!
Aisyah: Bibik, mummy ngan daddy dah balik?
Bibik: ya udah. tadi malam sampainya. mungkin sedang berehat di atas.
Dato' Zulkifli bin Ismail merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia.
Datin suzanne mariam Abdullah pula merupakan tokoh wanita yang amat disegani.
mereka dikurniakan hanya seorang anak iaitu Aisyah Humaira. 
kiranya Aisyah ni mixed blood la sebab mak die ni orang Japan masuk Islam.
setelah siap bersarapan, Aisyah pun ke kuliah.

Di kolej...
Christinne: Aisyah! U pegi x birthday party I malam ni??
Aisyah: I segan la nak pegi. sorang-sorang pulak 2.
Christinne: alah~ ok, since u pun single lg, I nak kenalkan
                U dengan cousin I yg baru balik dari
                Australia. Engineering student lg. Rugi la U kalau U
                tolak offer I.
Aisyah merupakan seorang wanita yang baik, comel, sopan tapi kurang didedahkan dengan keindahan Islam.
Aisyah: (terdiam). hmmm, nanti I text u if I pegi k?
Christinne: U confirm b4 lunch k. if x, I open dat offer kat org lain.
Amboih! dah mcm offer barang je dorg ni.


No comments:

Post a Comment