Wednesday 15 February 2012

Qaseh Ep-1

Mah : Abang! cepat bang! Mah dah sakit sangat dah ni!
Kamal : Sabar Mah! Abang tengah call ambulans ni. Line telefon problem pulak.
Mah : Kita pakai bidan je bang! Dah tak sempat dah ni! Lagipun kita mane ada duit nak tanggung kos perubatan kat hospital tuh.
Kamal : Mah bertenang je. Abang akan usahakan yang terbaik untuk Mah dan anak kita!

Mah menahan kesakitan yang teramat sangat. Ini merupakan bayi pertama mereka.

Kamal : Aduh! cepat la jawab!

Talian telekomunikasi di kawasan kampung itu terganggu akibat kerja-kerja naik-taraf sedang dilakukan.

Kamal : Hello! Ambulans! Cepat! Isteri saya dah nak bersalin! Cepat!!
Mah : Abang!!
Kamal : Sabar Mah! Ambulans dalam perjalanan! Bertahan Mah! Demi anak kita.

Ambulans tiba setelah 15 minit akibat pokok tumbang di jalan masuk ke kampung Tembak.

Kamal : Mah! Ambulans dah sampai, bertahan ye sayang.
Mah : Abang...
Kamal : Cepat encik!!

Di hospital..

Kamal menanti dengan penuh debar. Menanti kelahiran anaknya yang pertama. Kamal juga risau akan keselamatan isterinya di dalam bilik pembedahan.

Uwek! Uwek!

Kamal : Alhamdulillah!

Kamal menitiskan air mata kegembiraan setelah mendengar tangisan bayi dari bilik pembedahan. Tangisan anak pertamanya.

Doktor: Tahniah encik! Anda dapat bayi perempuan.
Kamal : Alhamdulillah! oh ya! Bagaimana keadaan isteri saya?

Doktor terdiam seketika

Doktor: Encik, bayi encik selamat, tetapi isteri encik tak dapat kami selamatkan.

Kamal terkedu seketika.

Kamal : Ya Allah! Maafkan abang Mah! Abang tak dapat selamatkan Mah!
Doktor: Bawa bersabar encik. Ini ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah diseblik semua yang berlaku. Harap encik tabah menerima dugaan ini.

Rahimah meninggal dunia saat melahirkan anak perempuannya yang pertama. Kini Kamal harus membesarkan anak perempuannya itu bersendirian tanpa Rahimah di sisi.

Kamal mendukung anak pertamanya itu.

Kamal : Abah minta sebab tak dapat selamatkan mak kamu. Abang berjanji Mah, abang akan membesarkan anak kita sebaik mungkin dan abang akan menamakan anak kita dengan nama Qaseh seperti mana yang Mah inginkakan dulu.

#Flashback

Mah : Abang2.. Kalau anak kita lelaki, kita nak namakan dia apa ye?
Kamal : Kalau lelaki ye?? Ha! Kalau lelaki, biar abang yang bagi nama!
Mah : Yela. Tapi apa?
Kamal : Kalau lelaki, abang nak namakan dia Lee chong wei, boleh la dia pandai main badminton macam Dato' Lee Chong Wei! Hahaha.
Mah : Apalah abang ni! Ada ke bagi nama macam tu!
kamal : Abang gurau je lah! Abang akan namakan dia Zikir.
Mah : Tentang Dhia sangat la abang ni! Tapi sedap jugak nama tu. Kalau anak perempuan??
Kamal : Kalau anak perempuan, Mah je la bagi nama.
Mah : Kalau Mah, Mah nak bagi nama Qaseh. Lembut je dengar. Supaya anak kita nanti lemah-lembut, sopan-santun, penuh dengan ciri-ciri kemelayuan. Sesuai dengan nama Qaseh tu.
Kamal : Ye lah Mah..

#tamat flashback

Kamal dan Qaseh tinggal di Kampung Tembak. Rahimah merupakan seorang pekerja kilang manakala Kamal pula hanya melakukan kerja-kerja kampung. Setelah kematian isterinya, Kamal terpaksa melakukan pelbagai kerja demi menyara hidup mereka anak-beranak.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya bukanlah seorang expert dalam penulisan. Cuma, saya sebagai pembaca memberi pendapat dan pandangan saya. Pertama tidak perlu aKamal(abah) dan Mah(mak). Rasa agak pening bila nak baca. Kedua cerpen ini macam tergantung walaupun saya tahu cerpen ini cerpen berseries. Boleh akhiri setiap episode dengan unsur kejutan, unsur apa jadi dengan Qaseh, bagaimana dia disarakan. Itu saja saya nak stress on and keep on writing. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx 4d komen. sangat mengharapkan feedback pembaca seperti anda. akan di perbaiki dalam penulisan akan datang. :)

      Delete