Friday, 17 February 2012

Qaseh Ep-2

Api!! Api!!

Kamal: Ya Allah! Api!

Kamal terkejut dengan apa yang berlaku dan terus mendapatkan Qaseh yang ketika itu baru berumur 2 tahun disebelahnya.

Tuk! Tuk! Tuk! pintu diketuk.

Orang Kampung: Kamal! cepat Kamal! Api dah makin marak ni! Cepat keluar dari rumah ko!
Kamal: Tolong kami bang! Kami terkunci! Ada palang jatuh depan pintu kami!
Orang kampung: Ko ke belakang sikit! Biar kami pecah pintu ni!

Gedegang!!

Pintu terbuka.

Orang kampung: Cepat Mal!

Sebaik sahaja Kamal dan Qaseh keluar, rumah mereka terus ranap menyembah bumi.
Habis musnah segala harta benda, mujurlah tiada korban nyawa yang berlaku. Selepas dari peristiwa itu, Kamal dan Qaseh telah diberikan bantuan rumah oleh kerajaan.

4 tahun telah berlalu. Kini Qaseh sudah berumur 6 tahun. Qaseh merupakan seorang kanak-kanak yang pintar. Segala kerja rumah, Qaseh yang lakukan. Semenjak dari kejadian rumah mereka terbakar, Perangai Kamal sudah banyak berubah. Kerja, malas. Tidak bergaul dengan orang kampung. Lebih banyak mengurung diri di dalam rumah dan kalau keluar pun, pergi BERJUDI!

Orang Kampung 1: Eh, tu lah Qaseh. Ko nak tau Jah! Orang kampung panggil dia ni pembawa malang! Dah la mak dia mati masa lahirkan dia! Lepastu rumah dia terbakar tanpa diketahui puncanya!
Orang kampung 2: Ish3! Muka je comel! Tapi, bawa sial rupanya!

Qaseh yang mendengar perbualan orang kampung tadi berasa begitu sedih.

Qaseh: Apa salah aku sampai orang kampung tak suka dengan aku?? isk.. isk..

# Kedai

Qaseh: Mak cik, saya nak beli beras mak cik, kat mana ye?
Pekedai: Ooop! Ko jangan masuk! biar aku yang ambilkan untuk ko! Kang terbakar pulak kedai aku ni!

Pekedai: nah! Lain kali jangan datang kedai aku! Ko ni bawa sial! kang tak pasal2, aku kena tempias sial ko tu!
Qaseh: Tapi...
Pekedai: Ah! Takde tapi-tapi! Pergi balik!
Qaseh: Terima Kasih ye mak cik.
Pekedai: Hmm! Sama-sama!

# Rumah

Qaseh: Aik?? Kenapa pintu rumah ni terbuka??

Qaseh berasa hairan. Setahunya pintu rumahnya tertutup ketika keluar rumah tadi.

Qaseh: Tak mungkin abah yang buka pintu ni?? Tadi rasanya abah tidur. Macam ada yang tak kena yang dah berlaku ni!

ALong 1: Ah! Tuan kami suruh ko settle kan hutang ko tu hari ni juga!
Kamal: Mintak tolong tuan. Nanti saya ada duit, saya akan jelaskan semua hutang saya. Tuan jangan risau.
Dato' S: Berapa lama lagi aku nak bagi masa kat ko ni?? Masa nak pinjam, mulut bukan main manis! Bila suruh bayar, macam-macam alasan!
Kamal: Saya janji. Bila saya ada duit, saya akan bayar!
Dato' S: Habiskan dia..
Along 1: Baik Dato'!

Qaseh tergamam dengan apa yang dilihat. Tiada daya untuk melakukan apa-apa untuk menolong ayahnya.
Terpisah kepala Kamal dengan badannya.

(moral: jangn pinjam Along)

Qaseh terus berlari munuju ke rumah Mak Yah.

Mak yah: Kenapa cemas ni Qaseh??
Qaseh: ......

Qaseh tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya linangan mata menceritakan segalanya.

Mak Yah: Apa dah jadi dengan ayah kamu??
Qaseh: .....

Semakin banyak linangan air matanya kali ini.

No comments:

Post a Comment