Saturday, 3 December 2011

Bukan Kerana.... Ep-2

alangkah terkejutnya Ahmad bila memandang wanita itu.
Ahmad: Allah! ada kat sini pulak perempuan melayu terakhir nih. 
Ahmad mengalihkan pandangan kembali ke dalam bag untuk mencari lecture note nya.
Ahmad: mane pulak lecture note aku nih??? time2 ni pulak die nak main nyorok-nyorok!
pencarian masih diteruskan.
Dr. Syed: Ahmad, kamu buat ape tu?? resah gelisah je nampak???
Ahmad: heeee... xde pape doc.
sambil menyisir rambut ke kanan.
itulah gaya Ahmad setiap kali bila namanya disebut.

Kuliah pun bermula...
Ahmad: aduh, pagi-pagi lagi dah spoil! 
sambil mengeluarkan kertas kosong untuk buat catitan kuliahnya.
Dr. Syed: oh! kamu student baru ye?? 
soalan itu ditujukan kepada wanita itu.
Aisyah: saya doctor. 
Dr. Syed: hmmm.. guys, nampaknya kita ada student baru. boleh kenalkan diri kamu??
Aisyah: Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Aisyah Humaira bt. zulkifli. Saya berasal dari Tg. Malim, Perak.
Aisyah memperkenalkan dirinya ringkas.
Ahmad: Aisyah Humaira, dari Tg. Malim. Tg. Malim??? Dekat rumah aku!! 
Ahmad, dalam kuliah tu fokus lah. ni mengelamun pulak.
Ahmad: Astaghfirullahalazim. Mat! ko tengah study ni. Fokus! Fokus!
Ahmad begitu tertarik dengan Aisyah. Begitu istimewanya Aisyah di mata Ahmad.

"bidadari, bidadari, temanilah resahku..."
Ringtone henset Ahmad berkumandang dengan lantang.
Dr. Syed: Ahmad~
Ahmad: Ye saya!
Pandangan Ahmad terarah ke pada Aisyah.
Dr. Syed: Mat~ bukan Aisyah yang panggil kamu. bapak Aisyah ni ha yg panggil kamu.
               kamu nak pakai henset baru ke?? macam dah x sayang je dengan henset kamu sekarang??
Sepantas bugatti veyron (sejenis kereta) Ahmad berpaling ke arah Dr. Syed.
Ahmad: Heeeeee....
Dr. Syed: sebelum saya buatkan henset kamu R.I.P, baik kamu silentkan. 
"aduh, malunye aku!! macam mana aku boleh pi pandang Aisyah pulak??" bisik hati Ahmad

Raihana: Assalamualaikum Aisyah. saya Raihana. selamat berkenalan.
Aisyah: Waalaikumussalam w.b.t. selamat berkenalan. maafkan saya, minta diri dulu ya.
bergegas Aisyah beredar dari situ meninggalkan Raihana. 
Tersentak Raihana. perbualan mereka tergantung di situ. 
kelihatan di raut wajah Aisyah seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Raihana: Aisyah??




No comments:

Post a Comment