Monday, 14 January 2013

ada call masuk la...

Boy: Awak dah lunch?

Girl: Kite dah lunch. Awak?

Boy: Saya? Saya dah lunch. Awak?

Girl: Awak tanya kite? Kite dah lunch la awak... Awak kan dah tanye kite tadi?

Boy: Ooo.. Ek? Saya tanye ape kat awak?

Girl: Awak tanye, "Awak dah lunch?"

Boy: Saya? Saya dah lunch. Awak?

Girl: =,=' Awak ni!! Main-main ngan kite plak!

Boy: Eh, masa bila saya main-main ngan awak? 

Girl: Hish! Malaslah kite nak layan awak ni. Makin dilayan, makan menjadi. Awak tengah buat apa tu? (ayat clisye)

Boy: Tak de buat apa-apa (jawapan paling malas @ menggedik)

Girl: Awak.... Kite rindu la....

Boy: Awak3, ada call masuk la. Nanti saya call balik eh.

Girl: Awak ni! Jangan tipu kite la. Xde pon bunyi call masuk? Awak jangan main-main ngan kite!

Boy: Awak, buat apa saya nak main-main ngan awak. Panggilan ni penting. Saya kena jawab panggilan ni. Haa, tu! Awak pun ada call masuk. Saya dengar dari sini. 

Girl: Mane ade? Kite tak dengar pun?

Boy: Ada. Cuba dengar betul-betul. 


Allahuakbar!! Allahuakbar!!

*Sekarang telah masuknya waktu solat......

p/s "Tiada panggilan yang lebih penting selain panggilan untuk mengerjakan Solat"

Renungan Bersama.

Sunday, 8 April 2012

Qaseh Ep-3

Qaseh memimpin tangan Mak Yah menuju ke rumahnya

Mak Yah: Ya Allah! Apa dah jadi ni?

Mak Yah terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Qaseh berlari mendapatkan kepala ayahnya yang sudah terpisah dari tubuhnya.

Mak Yah: Apa yang berlaku sebenanrnya ni Qaseh??

Qaseh hanya terdiam di sebelah mayat ayahnya. Sekali-sekala terdengar esakan dari Qaseh

Mak Yah: Sudah Qaseh, jom kita buat laporan polis. Ini kes jenayah ni.

Mak Yah membawa Qaseh ke balai polis untuk membuat laporan

Polis: Ye mak cik? Ada apa boleh saya bantu?

Mak Yah: Tolong cik! Ada pembunuhan di rumah anak ni. Ayahnya telah dibunuh dengan kejam.

Polis bergegas ke tempat kejadian.

Polis: Adik, boleh adik ceritakan kepada pihak polis apa yang telah berlaku sebenarnya?

Qaseh hanya terdiam. Mungkin trauma akibat dari kejadian tadi.

Polis: Adik, boleh adik beri kerjasama kepada pihak polis apa yang telah berlaku sebenarnya? kalau adik tak beri kerjasama, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa?

Qaseh terdiam lagi. Segala jenis cara telah dilakukan oleh pihak polis untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.

mak Yah: Takpelah cik, mungkin dia trauma dengan apa yang telah berlaku kepada arwah ayahnya. Nanti bila dia dah ok sikit, saya akan cuba pujuk supaya dia ceritakan semua yang berlaku kepada saya dan saya akan berikan kerjasama kepada pihak polis.

Polis: baiklah, jika ada apa-apa maklumat, beritahu kami dengan segera.



Mak Yah: Qaseh, mak yah tengok dari semalam kamu asyik termenung je. Makan tak mau, tidur tak mau. bercakap pun tak mau.

Qaseh telah diambil oleh Mak Yah sebagai anak angkatnya memandangkan Mak Yah tiada anak. Suami Mak Yah menentang tindakan Mak Yah untuk membela Qaseh.

Pak Ali: Kamu ni Yah! Saya tak relakan kamu ambik si Qaseh tu sebagai anak angkat dan duduk dengan kita. Di tu pembawa malang Yah. Dulu, mak dia mati kebakaran, ayahnya mati kena bunuh. Sekarang ni dia duduk dengan kita pulak! Saya tak apa-apa terjadi kepada kita pulak!

Mak Yah: Abang ni. tak baik cakap macam tu, mak ayah dia mati bukan sebab Qaseh tu bawa malang, ini semua sudah takdir.

Pak Ali: kamu ni! bukan saya je yang cakap, semua orang kampung dah cakap yang si Qaseh ni pembawa sial!

mak Yah: Cukup bang! Saya tetap juga nak jaga Qaseh. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

Pak Ali: Argh!

Pak Ali keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan. Kereta dipandu keluar.

Mak Yah: Abang! Nak ke mana tu?

Qaseh yang dari tadi berdiri di depan pintu bilik kelihatan menangis. Mak yah pantas mendapatkan Qaseh.

Mak Yah: Qaseh jangan ambik hati sangat dengan apa yang Pak Ali cakapkan tu ye. Mak Yah dengan Pak Ali sayangkan Qaseh.

# 11.00 malam

Kring!! kring!!

Mak yah: Hello??

Mak Yah: Apa???

Friday, 2 March 2012

"I-spec dan Pen penterjemah"

Adakah anda seorang yang tidak suka menyalin nota di dalam kuliah??
Adakah anda seorang yang suka tidur di dalam dewan kuliah??
Adakah anda seorang yang tidak suka berjaga malam untuk belajar tetapi suka berjaga malam untuk menonton movie dan bermain video games??

Apa yang anda perlukan hanyalah! "I-spec"

"I-Spec"

Produk ini dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti, 

1) Dua screen besar
2) Dibuat daripada plastic yang tahan karat
3) dilengkapi sistem Wi-fi dan juga bluetooth
4) mempunyai internal memory bersaiz 64 GB dan external memory sehingga 1 Terabyte!!

Kegunaan:

dengan I-spec ini anda boleh merekodkan segala percakapan, perbuatan,nota-nota penting peperiksaan daripada pensyarah anda sewaktu di dalam dewan kuliah. Selain daripada itu, I-spec ini juga boleh merekodkan data-data dari apa yang dilihat dan terus save ke dalam memory I-spec.

"merekodkan data terus ke dalam memory I-spec"

I-spec ini juga dilengkapi dengan "Pen Penterjemah". Pen penterjemah ini akan menterjemah kandungan dari I-spec itu sendiri. Segala apa yang ditulis adalah benar dan semata-mata benar, tiada yang salah melainkan benar belaka. True story~

"Pen Penterjemah"


So, kalau nak masuk exam tu, tak payah study banyak, savekan je sgala nota yang berkaitan dengan paper apa yang korang nak ambik ke dalam I-spec korang, lepastu pergi ke dewan peperiksaan dengan hati tenang dan penuh konfiden sambil menyanyi lagu 'rasa sayang hey!', dan jangan dilupa pen penterjemah anda sekali. kompom result exam korang terbaik!

Harga: $ 5,000 000.00

P/s : Tiada kejayaan datang tanpa usaha